Sunday, April 7, 2013

Promosi Kraf Malaysia Di Aeon Jusco AU2 Setiawangsa Sehingga 14 April

KUALA LUMPUR, 5 April (Bernama) -- Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia mengadakan jualan Promosi Kraf Malaysia di pusat beli-belah Aeon Jusco di AU2, Setiawangsa bermula Selasa lepas hingga Sabtu depan.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=939938
Published: April 07, 2013

Pengarah Bahagian Pasaran dan Promosi Faezah Abdul Aziz berkata antara barangan yang dijual ialah pelbagai jenis kain batik, songket, kraf ukiran logam bagi aksesori wanita, kraf ukiran tanah seperti pasu, hiasan rumah dan kraf hasil hutan.

"Tahun ini kita menyasarkan jualan sebanyak RM200,000 berikutan kejayaan Promosi Kraf di pusat beli-belah ini tahun lepas yang mencatat jualan tunai RM167,072 dalam masa 13 hari.

"Kali ini, sebanyak 10 usahawan menyertai promosi di sini, yang menawarkan pelbagai barangan hasil kraf bermutu tinggi," katanya kepada pemberita selepas taklimat industri kraf bersama media sempena Promosi Kraf Malaysia di sini Jumaat.

Turut hadir Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia Mohd Kamil Mohd Ali.

Faezah berkata objektif utama Promosi Kraf Malaysia ialah memberi peluang kepada usahawan dalam negara memasarkan produk mereka terus kepada pelanggan dan sepanjang tahun ini, promosi itu akan diadakan di 40 pusat beli-belah seluruh negara.

-- BERNAMA 

No comments: