Sunday, April 28, 2013

Kerajaan Tidak Amal Diskriminasi Jantina Dalam Menyokong Usahawan Tempatan, Kata Rafidah

KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) -- Kerajaan telah menubuhkan prasarana dan sistem sokongan yang baik bagi usahawan tempatan untuk berkembang dan tidak mengamalkan diskriminasi jantina, kata bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Ekosistemperniagaanbaiksokongusahawanwanita/Article/index_html
Published: April 28, 2013

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=945338
Published: April 28, 2013

Beliau berkata pencapaian perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sekarang serta ciri-ciri persatuan usahawan wanita yang lebih teratur, sangat mengagumkan.

"Kebanyakan PKS kita berorientasikan domestik, bagaimanapun, terdapat beberapa yang telah melangkaui sempadan.

"Kami menggalakkan mereka untuk meneruskan hubungan mereka dalam rantau ini dan meneroka bahagian yang mempunyai masa depan bagi mereka untuk mengembangkan perniagaan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucap tama di Konvensyen Serantau Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), di sini, Jumaat.

Bagi asas serantau, Rafidah berkata PKS harus menubuhkan pusat tumpuan utama di setiap negara dengan menyemak rangka kerja perniagaan penting dan peka dengan perkembangan peraturan di negara-negara tersebut.

"Sekiranya mereka memahami bagaimana sistem berfungsi di negara-negara berbeza ini, mereka tidak akan teragak-agak dalam perniagaan mereka," katanya.

Beliau menegaskan bahawa usahawan wanita itu sendiri perlu mengelak daripada membincangkan cabaran yang dihadapi usahawan wanita kerana pasaran tidak berpihak kepada mana-mana jantina.

"Isu yang penting dalam perniagaan ialah produk berharga kompetitif, jadual penghantaran dan kualiti," kata Rafidah.

Konvensyen sehari itu yang bertajuk "Akses kepada Perdagangan dan Pertumbuhan PKS Wanita dalam Ekonomi Sedang Pesat Membangun APEC", dihoskan oleh Asia Foundation dan Persatuan Kebangsaan Usahawan Wanita Malaysia.

-- BERNAMA

No comments: