Thursday, April 25, 2013

Persidangan ACCCIM Mahu Tingkatkan Perniagaan, Rangkaian Perdagangan

KUALA LUMPUR, 24 April 24 (Bernama) -- Persidangan Usahawan Muda 2013 yang kedua bertujuan mengukuhkan perniagaan dan rangkaian perdagangan serta meningkatkan perangkaian, demikian menurut Dewan Perdagangan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia (ACCCIM).

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=944784
Published: April 25, 2013

Presidennya, Datuk Lim Kok Cheong berkata persidangan itu berhasrat menggalakkan penyertaan yang lebih besar di kalangan usahawan muda dalam aktiviti dan program ACCIM.

Beliau berkata persidangan yang bertemakan "Mewujudkan Penjenamaan Global menerusi Inovasi Muda" akan diadakan pada 21 Jun di Hotel Riverside Majestic, Sarawak.

Lim berkata ACCCIM telah menjemput beberapa usahawan di dalam negara untuk berkongsi maklumat berkaitan dengan penjenamaan serta pengalaman berharga serta kisah kejayaan jenama masing-masing dalam pasaran antarabangsa.

"Ia akan membantu meningkatkan kesedaran usahawan muda terhadap jenama serta belajar bagaimana untuk mewujudkan jenama korporat dan nilai perniagaan," kata beliau kepada media di sini Rabu.

Beliau berkata ramai usahawan yang salah faham dengan melihat penjenamaan hanya sebagai satu pengiklanan, dan mewujudkan jenama memerlukan pelaburan wang yang besar.

"Ini adalah tanggapan yang salah. Jenama korporat ialah simbol produk, jaminan untuk kewibawaan dan kualiti produk berkenaan," kata beliau.

-- BERNAMA 

No comments: