Thursday, February 2, 2012

PKS belum manfaat penggunaan Internet

Source From (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PKSbelummanfaatpenggunaanInternet/Article/index_html

Published: 02 February 2012

PERUSAHAAN kecil dan sederhana (PKS) digalakkan memanfaatkan penggunaan Internet kerana masih terdapat bahagian yang belum dimanfaatkan untuk meraih faedah daripadanya, sekali gus membantu negara meningkatkan pembangunan menerusi PKS.
Pengurus Negara Google Malaysia, Sajith Sivanandan berkata, oleh kerana inovasi adalah enjin pertumbuhan, langkah pertama dalam merungkai potensi Internet adalah mengurangkan sebarang halangan kepada inovasi.

“Ekonomi Internet memegang kunci kepada pertumbuhan masa depan Malaysia. Untuk meneruskan laluan ini, mustahak bagi PKS untuk menjalankan perniagaan menerusi dalam talian,” katanya pada taklimat media mengenai laporan, ‘Online and Upcoming: The Internet’s Impact on Aspiring Countries’ di Kuala Lumpur, kelmarin.
Turut hadir ialah Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang.

Beliau berkata Internet berkembang menjadi industri utama Malaysia dan yang memberi lebih banyak sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding Amerika Syarikat atau China. Internet menyumbang 4.1 peratus daripada KDNK Malaysia pada 2010 atau AS$9.75 bilion (RM29.64 bilion) daripada AS$238 bilion.

Terdahulu, Salang berkata, penggunaan dalam talian akan membolehkan perniagaan mencapai bukan sahaja 17.5 juta pengguna Malaysia, tetapi juga dua bilion orang di seluruh dunia. Beliau berkata ketika ini, hanya 100,000 PKS Malaysia mempunyai laman web daripada 700,000 yang menjalankan perniagaan.

No comments: