Monday, January 30, 2012

Moratorium enam bulan (Bantu Enterprise Kecil)

Source From (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Moratoriumenambulan/Article/index_html

Published: 30 January 2012

MAYBANK menawarkan moratorium selama enam bulan kepada mangsa banjir bagi bayaran ansuran bulanan dan pengecualian caj tertentu mengikut kes sehingga 30 Jun 2012.
Timbalan Presiden dan Ketua Perkhidmatan Kewangan Komunitinya, Lim Hong Tat berkata, program bantuan malapetaka itu akan turut diberikan kepada perniagaan, enterpris kecil dan sederhana serta pengguna yang menerima kesan banjir baru-baru ini di Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak.

“Ini adalah moratorium kelima yang ditawarkan Maybank kepada pelanggannya sejak 2007 sejajar dengan misi kami memasukkan unsur kemanusian,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur.
Beliau berkata, pihaknya akan memproses permintaan mendapatkan bantuan meringankan beban mengikut kes, yang menyasarkan untuk mengurangkan kesukaran dihadapi pelanggan.

No comments: