Monday, February 13, 2012

Peluang penggiat PKS guna khidmat ‘cloud’

Source From (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PeluangpenggiatPKSgunakhidmat__8216_cloud__8217_/Article/index_html

Published: 13 February 2012

PERSATUAN Usahawan Teknologi Malaysia (TeAM) memperkenalkan SME Connect, program yang membolehkan penggiat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini mendapatkan perkhidmatan perkomputeran ‘cloud’ bernilai RM1,500 secara percuma.
Presidennya, Aziz Ismail berkata, pihaknya akan mengadakan pakatan strategik bersama beberapa agensi kerajaan dan swasta bagi mempromosi dan memudahkan penggiat PKS menggunakan perkhidmatan itu.

“SME Connect dibangunkan beberapa syarikat ICT (teknologi, komunikasi dan maklumat) yang bernaung di bawah TeAM dan disediakan khusus untuk pengusaha PKS di seluruh Malaysia tanpa bayaran.
“Mereka yang menyertai program ini boleh menggunakan perkhidmatan cloud bernilai RM1,500 untuk enam bulan. Program ini disediakan sejak enam bulan lalu secara tidak rasmi dan dijangka dilancarkan, Mac ini,” katanya.

Beliau berkata, pada tahun ini pihaknya menjangkakan industri keusahawanan teknologi akan lebih baik berbanding 2011 didorong pelaksanaan pelbagai program serta inisiatif diperkenalkan kerajaan antaranya Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP).

No comments: