Friday, February 24, 2012

Miti cadang pinda akta pelaburan

Source From (Harian Metro): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PNSsasarlatih10_000usahawan/Article

Published: on 24 February 2012

KEMENTERIAN Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) mencadangkan untuk meminda atau mengkaji semula Akta Penggalakkan Pelaburan (1986) bagi merangsang pembangunan pelaburan domestik.
Ketua Setiausahanya Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria berkata, langkah itu membolehkan syarikat domestik mengambil manfaat daripada insentif dan faedah. “Tujuannya bukan mengecewakan syarikat domestik, tetapi memudahkan pertumbuhan dan transformasi,” katanya pada sidang akhbar mengenai Sokongan Kerajaan kepada Pelabur Domestik dan Asing, di Kuala Lumpur, semalam. Beliau berkata, Miti juga bercadang mengkaji semula kriteria itu bagi membolehkan lebih banyak syarikat domestik mendapat manfaat dengan menaikkan had cukai keutamaan bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) daripada RM500,000 kepada RM2.5 juta.

Selain daripada itu, Miti juga mencadangkan untuk melanjutkan Elaun Pelaburan Semula ke sektor perkhidmatan yang terpilih. “Kami tidak berat sebelah dalam menyediakan sokongan. Pelabur adalah penting. Kami menyokong sesiapa sahaja tanpa mengambil kira sama ada mereka pelabur domestik atau asing. Kami tidak mendiskriminasikan sesiapa,” katanya sambil menambah bahawa kerajaan sedang menimbangkan cadangan itu. Menurutnya, ia sudah dibentangkan dan kerajaan sedang mempertimbangkannya. Sta Maria berkata tumpuan utama perlu diberikan untuk membangunkan pelabur dan usahawan domestik yang berdaya tahan dan kompetitif yang berupaya bersaing dengan peserta asing. Beliau berkata, kerajaan akan terus mengkaji dan menambah baik bantuan serta insentif diperlukan tanpa mengira sama ada mereka usahawan kecil atau pelabur besar.

No comments: