Monday, January 9, 2012

28 produk PKS masuk China

Source From (Harian Metro): 28 produk PKS masuk China

Published: Friday January 9, 2012
Oleh Riadz Radzi
riadz@hmetro.com.my

RASMI...Noh menandatangani plat perasmian My Agro Hypermart sambil disaksikan Jamal (kiri).
RASMI...Noh menandatangani plat
perasmian My Agro Hypermart 
sambil disaksikan Jamal (kiri).
SEBANYAK 28 produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang ditempatkan di pasar raya produk PKS tempatan pertama, My Agro Hypermart di Taman Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS) bakal menembusi pasaran China dengan nilai eksport berjumlah RM15 juta bulan depan.
Produk terbabit yang kebanyakannya berasaskan makanan ringan dan sejuk beku adalah antara 2,000 produk di My Agro Hypermart yang dipilih pemborong dari negara berkenaan yang berpusat di Shanghai.

My Agro Hypermart dimiliki syarikat bumiputera, Rukun Saksama Sdn Bhd (Rukun Saksama) yang membangunkan pasar raya itu dengan pelaburan awal RM10.5 juta.
Pengarah Eksekutifnya, Datuk Jamal Yunus berkata, semua produk berkenaan sudah dihantar ke China dan sedang menjalani proses akreditasi.

“Kami sudah mendapat kelulusan untuk mengeksport produk berkenaan pada bulan ini dan dalam bulan Februari dijangka beberapa kontena produk itu akan dieksport ke negara berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Rukun Saksama bersama Asia Shangtex, Lembaga Pemasaran Pertanian persekutuan (Fama) dan Pengusaha PKS di Maeps, Serdang, semalam.

Majlis berkenaan turut disaksikan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

Jamal berkata, selain China, pihaknya juga mengadakan perbincangan dengan beberapa syarikat besar di Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk mengeksport produk IKS tempatan dan setakat ini mereka menunjukkan minat.

Dalam pada itu, pihaknya turut mengadakan perjumpaan dengan lebih 12,000 PKS tempatan sejak enam bulan lalu bagi menggalakkan mereka menempatkan produk mereka di My Agro Hypermart.
“Kami baru beroperasi tiga minggu, sehubungan itu ada pengusaha yang masih tidak yakin untuk meletakkan barangan mereka di sini. Bagaimanapun, produk pertama yang ditempatkan pasar raya ini sejak tiga minggu lalu sudah habis dijual,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga sudah menerima permohonan lebih 200 pengusaha PKS tempatan yang mahu meletakkan barangan mereka di My Agro Hypermarket dan percaya ia akan meningkat setiap hari.

Jamal berkata, pihaknya tidak mengenakan sebarang bayaran terhadap pengusaha termasuk yuran penyenaraian, pentadbiran dan pengiklanan, tetapi mereka perlu mengikut syarat yang ditetapkan iaitu tidak boleh meletakkan harga yang tinggi dari harga pasaran.

No comments: