Source From (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/KodetikaniagaPKS/Article/index_html
Published: 16 January 2012
AGIL...kekang rasuah
Presidennya, Agil Faisal Ahmad Fadzil berkata, setakat ini pihaknya mempunyai kira-kira 500 syarikat PKS di bawah GMB daripada pelbagai sektor perniagaan antaranya perkilangan, peruncitan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan francais di seluruh negara.
Beliau berkata, walaupun GMB baru dua tahun ditubuhkan, namun ia banyak membantu syarikat yang ingin mencari peluang perniagaan yang bukan saja di pasaran tempatan, tetapi di luar negara.
“Kami setuju dengan wujudnya kod etika untuk PKS ini kerana ia sebagai platform usahawan muda mengetengahkan idea mereka, sekali gus mewujudkan ekosistem yang baik dan lebih sistematik.
“Malah, ia menjadi penanda aras semua urusan perniagaan sama ada dalam negara mahupun pasaran antarabangsa dan jika PKS menguna pakai kod etika yang sama, maka semua akan menjadi standard dan secara tak langsung mengurangkan budaya ‘pakai kabel’ atau rasuah,” katanya kepada Bisnes Metro.
Menurutnya, bermula tahun ini, GMB akan berkongsi prinsip kod etika terbabit secara berperingkat dengan mengadakan pameran bergerak memandangkan ia masih baru dan paling penting SME Corp juga akan mengadakan kursus untuk usahawan PKS seluruh Malaysia.
Agil Faisal berkata, kod etika itu juga perlu diterapkan kepada semua PKS bagi mengekang rasuah yang biasa dikaitkan dengan integriti, ketelusan, kebebasan dan ketepatan terutama dalam ekosistem perniagaan dijalankan PKS.
No comments:
Post a Comment