Thursday, January 12, 2012

Tak perlu modal

Source From (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Takperlumodal/Article/index_html

Published: 12 January 2012
Oleh Sri Ayu Kartikawati Amri
kartika@hmetro.com.my

STREET Smart Academy (SSA), syarikat milik penuh Bumiputera tampil memperkenalkan konsep baru menjana pendapatan iaitu Smart Income menerusi mesin layan diri Ikhlas RO Water yang tidak memerlukan pekerja dan peralatan inventori.
Pengasasnya, Ku Addy Fazly Ku Radin berkata pihaknya juga mengetengahkan konsep lain seperti Side Income apabila pendapatan diperoleh daripada perniagaan sampingan dengan mengekalkan kerjaya atau Active Income yang hasilnya melalui perniagaan sepenuh masa.

Katanya, walaupun baru diperkenalkan konsep Smart Income mendapat permintaan ramai di seluruh negara dan sudah menerima tempahan kira-kira 50 mesin Ikhlas RO Water.
“Konsep yang kami ketengahkan sangat mudah dan pantas menjana pendapatan kerana mesin layan diri ini mampu milik dan sesuai dipraktikkan oleh semua pihak sama ada yang sudah mempunyai kerjaya tetap atau pun tidak dan pembeli hanya perlu mencari lokasi strategik untuk meletakkan mesin.

“Kami juga akan memberi latihan, bimbingan dan khidmat runding dalam aspek pemasaran yang berkesan supaya usahawan boleh menjana pendapatan yang lebih tinggi sekali gus meningkatkan taraf hidup masyarakat di negara ini,” katanya kepada Bisnes Metro.

Menurutnya, sebagai menunjukkan komitmen untuk melahirkan usahawan berjaya pihaknya juga mewujudkan program latihan secara percuma setiap hari Rabu iaitu bagaimana cara terbaik untuk menceburi perniagaan tanpa perlu membuat pinjaman.

Ku Addy berkata, lebih menarik sesiapa yang ingin menjadi ejen Ikhlas RO Water juga tidak memerlukan modal mahupun yuran keahlian dan sekarang SSA mempunyai 30 ejen di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

“Tahun ini kami akan memberi tumpuan sepenuhnya pada konsep Smart Income dan dalam tempoh enam bulan ini kami menyasar sekurang-kurangnya 500 mesin Ikhlas RO Water dapat dilihat di seluruh negara selain meluaskannya di Sabah dan Sarawak kerana kami tidak fokus kepada penjualan mesin tetapi ketengahkan konsep yang mudah ini.
“Kami memberi mesin yang berkualiti dan ia memang buatan Malaysia serta direka agar tahan lama manakala penyelenggaraannya amat mudah dan boleh dilakukan sendiri tanpa memerlukan kepakaran teknikal,” katanya.

Beliau berkata, paling penting pihaknya akan sama berusaha merangka teknik pemasaran bagi mempopularkannya di lokasi masing-masing serta turun padang mengadakan promosi dan membuat penilaian jualan selama setahun bagi melihat hasil yang diperoleh usahawan.

Orang ramai yang berminat atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh melayari www.streetsmartacademy.org untuk keterangan lanjut.

No comments: