Wednesday, January 25, 2012

Hasil perisian

Source From (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Hasilperisian/Article/index_html

Published: 25 January 2012
Oleh Sri Ayu Kartikawati Amri
kartika@hmetro.com.my

NADI-AYU Technologies Sdn Bhd, syarikat Bumiputera yang mengeluarkan komputer berjenama Natsys meluaskan lagi perkhidmatannya dalam segmen perisian bagi menjadi penyedia penyelesaian yang memfokus kepada pendidikan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nadira Mohd Yusoff berkata, pihaknya melancarkan Morrieland iaitu program pembelajaran Bahasa Inggeris melalui animasi dan permainan khusus untuk pelajar prasekolah.

Katanya, sebagai syarikat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) tempatan, pihaknya yakin menembusi pasaran antarabangsa apabila mempunyai ahli dari dalam dan luar negara.
“Kami memperkenalkan Morrieland pada Oktober 2011 dan sehingga kini, lebih 1,500 pelanggan mendaftar, malah kami sedang membina lebih banyak kandungan bagi aplikasi terbabit ssekali gus menjadikan Morrieland sebagai jaringan untuk kanak-kanak belajar.

“Selain itu, pada Mac ini, syarikat akan memperkenalkan komputer tablet Natsys yang mengetengahkan lebih banyak pendidikan serta kandungan Islamik dan kami mensasarkan menembusi pasaran Asia dan Timur Tengah,” katanya.

Menurutnya, dalam tempoh dua tahun lagi, pihaknya mensasarkan membantu dua juta pengguna Natsys menerusi pelancaran Skim Pemilikan Komputer Natsys dengan pembayaran secara ansuran pakej lengkap pengkomputeran Natsys daripada RM1,000.

Nadira berkata, pihaknya juga komited bagi membantu melahirkan lebih ramai usahawan teknologi dengan menyediakan program pembangunan usahawan secara percuma.

“Malah, kami juga mengalu-alukan mereka yang ingin menghantar karya untuk dikeluarkan di dalam Morrieland serta aplikasi Apaka kami. Untuk maklumat, boleh melayari laman web www.nadiayu.com.my,” katanya.

No comments: