Published: 10 January 2012
Oleh Zatul Iffah Zolkiply
zatuliffah@hmetro.com.my
DIGITAL...Suhaimi menunjukkan
kain batik digital dihasilkan mesin
berteknologi nano.
Pengarah Urusannya, Suhaimi Embong berkata, syarikat sudah mempunyai tujuh cawangan termasuk empat di Kuala Terengganu, masing-masing satu di Kuala Lumpur dan Kota Bharu, Kelantan serta cawangan terbaru di Ipoh, Perak yang dibuka pada Oktober lalu.
“Kami yakin sasaran mempunyai 15 cawangan Desa Murni menjelang akhir tahun ini mampu dicapai berikutan sambutan menggalakkan di kalangan peminat batik yang mula melihat potensi perniagaan ini.
“Selain itu, kami dalam proses mendaftarkan Desa Murni sebagai perniagaan francais kerana menerima permintaan usahawan berminat untuk membuka perniagaan ini dan melihat sistem francais bakal memudahkan proses pinjaman bagi mereka yang berdepan masalah kewangan,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya sudah melantik perunding bagi menguruskan urusan pendaftaran francais yang dijangka selesai pada Mac depan dan mengalu-alukan pembabitan usahawan Bumiputera di seluruh negara menceburi bidang itu.
Mengenai sasaran jualan pada tahun ini, Suhaimi menyasar jualan sebanyak RM15 juta berdasarkan sambutan menggalakkan terhadap produk dihasilkan termasuk pembukaan galeri baru serta pelancaran tudung Miffa dan batik digital.
“Sebagai pengeluar tunggal batik digital di negara ini, Desa Murni kini mempunyai hampir 200 pemborong dan berhasrat menambah bilangannya bagi memenuhi permintaan di pasaran domestik yang semakin meningkat,” katanya.
No comments:
Post a Comment