Sunday, August 5, 2012

Ibu tunggal disaran jadi usahawan

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/ibu-tunggal-disaran-jadi-usahawan-1.73512

Published: August 05, 2012

JERLUN - Golongan ibu tunggal disaran melibatkan diri dalam bidang keusahawanan untuk menyara diri dan anak-anak tanpa perlu bergantung kepada sesiapa.

Ketua Wanita Umno Kedah Datuk Maznah Hamid, yang juga Presiden Usahawati, berkata tidak ramai golongan wanita, terutama ibu tunggal, yang mahu menjadi usahawan meskipun bidang itu amat menguntungkan.

"Saya pun hairanlah kenapa ramai yang lebih suka memilih untuk menjadi pekerja yang makan gaji sahaja, sedangkan banyak peluang perniagaan yang lebih menguntungkan.

"Pelbagai kaedah sudah kami lakukan seperti memberi motivasi dan latihan kemahiran, tapi peratus ibu tunggal dan wanita yang melibatkan diri serta berjaya dalam bidang keusahawan masih lagi kurang 10 peratus," katanya pada

majlis penyampaian zakat kepada fakir miskin, ibu tunggal, pelajar pintar miskin dan orang kurang upaya di Wisma Umno Jerlun hari ini.

Beliau berkata pihaknya amat berbesar hati untuk membantu sesiapa sahaja yang ingin memulakan perniagaan, sama ada dalam bentuk nasihat atau mendapatkan sumber kewangan.

Maznah turut menyarankan golongan muda yang tercicir dalam pelajaran supaya menceburi bidang kemahiran dan memulakan perniagaan. - Bernama

No comments: