Monday, February 18, 2013

Bumi Harus intai kontrak baru

KUALA LUMPUR 17 Feb. - Syarikat kontraktor milik Bumiputera, Bumi Harus Sdn. Bhd (Bumi Harus) kini mengintai peluang untuk memajukan projek pembangunan bercampur di Tanjung Aru, Sabah. Ketua Pegawai Operasinya, Akil Salleh berkata, syarikatnya menyasarkan untuk mendapatkan kontrak di Sabah dan sekitar Lembah Klang pada tahun ini.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20130218/ko_01/Bumi-Harus-intai-kontrak-baru
Published: February 18, 2013

Ini kerana kawasan tersebut berpotensi untuk dimajukan malah mampu menawarkan nilai yang tinggi di masa depan, katanya.

"Kita kini sedang mengintai peluang di kawasan tersebut dan percaya mampu membangunkannya dengan sebaik mungkin berdasarkan reputasi dan kredibiliti syarikat yang baik," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Bumi Harus juga terlibat dalam pembangunan kondominium mewah di Kota Kinabalu.

Syarikat tersebut mempunyai lesen kelas A, oleh Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan berdaftar dibawah Lembaga Pembangunan Industri Binaan Malaysia (CIDB) G7 serta menerima persijilan pengurusan ISO 9001 : 2008.

Syarikat tersebut merupakan syarikat terawal didaftarkan di bawah Unit Peneraju Agenda bumiputera (Teraju).

Syarikat Bumi Harus mempunyai pengalaman yang baik serta terlibat dalam projek pembangunan dengan menggunakan sistem binaan industri (IBS) di Thailand pada 2007.

Menurut pengarah Bumi Harus, Mohd. Firdaus Yahaya, syarikat telah menyiapkan projek perumahan di bawah Kementerian Pertahanan di kem Sungai Ara di Pulau Pinang dan kini dianggap sebagai kontraktor terbaik di Kementerian Pertahanan.

Syarikat juga telah menyiapkan sebuah kilang farmasi di Klang, Selangor.

Beliau turut positif untuk mendapatkan kontrak di luar negara seperti Thailand di masa depan dan berharap dapat terus bergabung dengan syarikat pemaju perumahan yang terkenal di Lembah Klang.

"Kini sudah banyak syarikat bumiputera yang telah ke peringkat luar negara dan mendapat kontrak dengan nilai yang banyak," katanya.

No comments: