Wednesday, February 20, 2013

Dua dana khas peserta industri halal

Kuala Lumpur: Peserta industri halal berpeluang memohon dua dana disediakan kerajaan di bawah Bajet 2013 iaitu dana Program pembangunan perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bernilai RM1 bilion dan Skim Perniagaan Muda berjumlah RM50 juta.

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Duadanakhaspesertaindustrihalal/Article
Published: February 20, 2013

Kerajaan sedia bantuan lebih RM1 bilion perluas akses pembiayaan

Ketua Eksekutif SME Corporation Malaysia (SME Corp), Datuk Hafsah Hashim, berkata menerusi dana berkenaan, pengusaha industri halal mendapat akses kepada pembiayaan lebih luas.

Kerajaan menyediakan akses pembiayaan komprehensif dalam usaha memperkasakan industri ini dan galak usahawan dapatkan sijil halal," Hafsah Hashim, Ketua Eksekutif SME Corp

Pembiayaan perniagaan

Ia katanya, tidak terhad kepada pembiayaan perniagaan industri halal bernilai RM200 juta.

Katanya, selain dana yang diumumkan di bawah Bajet 2013 itu, peserta industri yang menjalankan aktiviti perniagaan berlandaskan syariah juga boleh memohon dana RM2 bilion menerusi Skim Pembiayaan PKS Patuh Syariah yang dikendalikan 13 institusi perbankan Islam.

“Kerajaan menyediakan akses pembiayaan yang komprehensif kepada pengusaha industri halal dalam usaha memperkasakan industri ini dan menggalakkan lebih ramai usahawan mendapatkan sijil halal.

“Dana ini berbentuk geran dan pinjaman daripada bank yang sebahagiannya dibantu Kerajaan Persekutuan, jika ada pengusaha yang mengalami masalah di bank mereka boleh datang berbincang dengan kami,” katanya, semalam.

Beliau sebelum itu menjadi panel dalam sesi bersama media: Pembangunan Industri Halal di Malaysia.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria; Ketua Eksekutif Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC), Datuk Seri Jamil Bidin; Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan; Pengarah Bahagian Pembangunan Pengurusan MAMPU, Dr Zulkefli Ibrahim; dan Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff.

Sementara itu, Jamil berkata, prospek eksport halal negara diunjurkan meningkat kembali sebanyak enam peratus tahun ini disumbangkan pemulihan permintaan dari China sebagai pengimport utama dan peningkatan permintaan dari Indonesia.

Eksport halal dijangka turun

Katanya, walaupun data eksport pada tahun lalu belum dimuktamadkan, secara kasarnya eksport halal negara dijangka menurun sekitar lima peratus berbanding sebelumnya ekoran penurunan permintaan daripada China mengalami kelembapan pertumbuhan.

“Kami positif terhadap permintaan bagi segmen halal yang mana permintaannya dijangka meningkat dari tahun ke tahun dengan pertumbuhan yang lebih menggalakkan daripada negara serantau dan Asia Barat pada masa depan,” katanya.

No comments: