KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga
Malaysia mengumumkan penubuhan Sekretariat Kebangsaan Sohonista khusus
untuk membantu wanita yang menjalankan perniagaan secara 'online'.
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=928405
Published: February 17, 2013
Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bantuwanitaniaga__8216_online__8217_/Article/index_html
Published: February 18, 2013
Pengerusinya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata istilah Sohonista
yang membawa maksud 'small office, home office' dan dari wanita untuk
wanita, merupakan inisiatif Wanita Barisan Nasional (BN) dalam
memperkasakan ekonomi kaum Hawa atas prinsip setiap wanita perlu
mempunyai 'dompet' sendiri.
Menurutnya, idea mewujudkan sekretariat itu timbul kerana ramai wanita
terutama mereka yang baru berkahwin atau mempunyai keluarga kecil
terpaksa meninggalkan karier berikutan masalah tidak mempunyai pembantu
rumah.
"Saya lihat mereka ini yang mempunyai idea, sumber dan kemahiran mula
berniaga dari rumah secara online, tetapi ada kalanya mereka menghadapi
rintangan untuk mendapatkan bantuan.
"Sohonista juga tidak semata-mata tertumpu kepada wanita kerana kami
juga terbuka kepada golongan lelaki yang mahu turut serta dalam program
ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bazar Sohonista
pertama di sini.
Mengulas lanjut, Shahrizat berkata sekretariat itu akan membantu mereka
yang terlibat dalam bidang perniagaan online mendapatkan bantuan seperti
nasihat dan kewangan.
"Contohnya, semalam Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)
melancarkan Dana Usahawan Muda bernilai RM50 juta khusus untuk golongan
belia yang ingin memulakan atau mengembang perniagaan sedia ada.
"Tapi mungkin ramai yang masih tidak tahu bagaimana cara atau ke mana
mereka perlu pergi untuk memohon dana itu, jadi kami akan bertindak
sebagai perantaraan kepada mereka," kata Shahrizat yang turut
melancarkan laman web dan aplikasi mobil Sohonista di www.sohonista.my.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment