Thursday, February 7, 2013

ACCCIM Tidak Pernah Abaikan Peranan Lindungi Kepentingan PKS Dalam Isu Gaji Minimum

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) Selasa menjelaskan bahawa ia tidak pernah mengabaikan peranannya dalam melindungi kepentingan industri-industri yang ada, khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS), dalam isu gaji minimum.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=926342
Published: February 07, 2013

"Pemimpin ACCCIM, termasuk Tan Sri William Cheng dan Datuk Lim Kok Cheong, serta Setiausaha Agung, Datuk Low Kian Chuan sentiasa memantau perkembangan skim gaji minimum dengan teliti sejak 2007," katanya dalam satu kenyataan.

ACCCIM mengeluarkan penjelasan ini untuk menjawab dakwaan oleh beberapa kesatuan dan pertubuhan yang mengatakan ia tidak bersungguh-sungguh dalam melindungi PKS yang menghadapi kesukaran ekoran pelaksanaan skim gaji minimum.

Pertubuhan itu berkata ia telah, secara bertulis, membantah pelaksanaan gaji minimum apabila Kementerian Sumber Manusia (MOHR) mula-mula mencadangkan gaji minimum seragam bagi seluruh negara pada 2007.

Wakilnya, bersama dengan pertubuhan sektor swasta lain juga mengemukakan bantahan pada 2010 terhadap pelaksanaan gaji minimum seragam dan bertegas mengatakan bahawa kuantum gaji minimum haruslah berpatutan.

-- BERNAMA

No comments: