Source From (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0323&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_03.htm
Published: on 23 March 2012
KUALA LUMPUR 22 Mac – Telekom Malaysia Bhd. (TM) menyasarkan
pelanggan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) meningkat 10 peratus
tahun ini berikutan pengenalan pelbagai produk berinovatif baharu.
Setakat ini, jumlah pelanggan segmen PKS bagi TM mencecah 494,000
dengan 303,000 daripadanya merupakan pengguna perkhidmatan Internet
mudah alih dan jalur lebar (broadband).
Naib Presiden Eksekutif TM (PKS), Azizi A. Hadi berkata, TM
menawarkan pelbagai produk khas untuk pembangunan dan operasi PKS,
antaranya seperti UniFi Biz, Office In The Box dan SmartMap.
“Kami akan melancarkan beberapa produk baharu yang lebih inovatif tahun ini meliputi alat pemasaran dalam talian.
“Pertumbuhan pelanggan PKS TM adalah baik setiap tahun dan kami
jangka tahun ini pelanggan baharu akan tumbuh 10 peratus,” katanya pada
sidang akhbar selepas majlis pelancaran BizFest 2012 di sini hari ini.
BizFest merupakan pameran produk teknologi maklumat (IT) khas untuk
PKS tempatan yang pertama kali dianjurkan TM. Ia akan diadakan di tiga
lokasi utama iaitu di Pulau Pinang (13 April), Johor (11 Mei) dan
Petaling Jaya (18 Mei).
No comments:
Post a Comment