Source From (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/GMB_SMECorpbantuusahawanmangsabanjir/Article/index_html
Published: on 13 March 2012
PERTUBUHAN Usahawan Generasi Muda Berjaya Malaysia (GMB) dengan
kerjasama SME Corp Malaysia (SME Corp) menggunakan dana kecemasan
perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi membantu usahawan yang menjadi
mangsa banjir di Hulu Langat, Selangor, minggu lalu.
GMB yang membuat lawatan dan bancian di kawasan terbabit mendapati
lebih 50 mangsa mengalami kerugian antara RM30,000 hingga RM300,000.
Pihaknya membawa mereka yang terbabit ke pejabat SME Corp untuk mengisi
borang tertentu dan mendengar taklimat daripada Ketua Eksekutifnya,
Datuk Hafsah Hashim, kelmarin.
No comments:
Post a Comment