Source From (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PasaranhalalglobalRM7trilion/Article/index_html
Published: on 14 March 2012
PAMERAN Halal Antarabangsa (Mihas) kesembilan yang akan berlangsung
di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 4 hingga 7 April depan dijangka
mencatatkan urus niaga bernilai lebih RM500 juta menerusi padanan
perniagaan dan jualan potensi membabitkan peserta industri halal seluruh
dunia.
Tahun lalu, Mihas merekodkan nilai urus niaga bernilai RM588.24
juta dan daripada jumlah itu sebanyak RM20.46 juta adalah jualan
berpotensi dengan menyaksikan lebih 500 gerai jualan serta pameran dalam
pelbagai sektor yang kebanyakannya didominasi sektor makanan.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz
Mahathir berkata, pihaknya berharap Mihas mampu mencatatkan nilai jualan
hampir sama dengan tahun lalu meskipun senario ekonomi semasa
dipengaruhi krisis ekonomi di Eropah. Beliau berkata, sektor industri
halal memiliki potensi yang luas berikutan populasi penduduk Islam
seluruh dunia berjumlah 1.8 bilion manakala pasaran produk halal global
bernilai lebih AS$2.3 trilion (RM7 trilion) setahun. Katanya,
ketika ini 90 peratus daripada 518 gerai pameran sudah ditempah dengan
penyertaan paling besar menerusi sektor makanan diikuti farmaseutikal
dan pembungkusan membabitkan syarikat tempatan serta antarabangsa.
No comments:
Post a Comment