Published: on 07 March 2012
Oleh Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail
rabiatul@hmetro.com.my
RASMI...Abdul Taib (tiga dari kanan)
menekan simbol Teraju sebagai
pelancaran Teraju@koridor Sarawak
sambil disaksikan Nor Mohamed
(dua
dari kanan).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, bagi memastikan kelancaran projek, Teraju@koridor Sarawak di Kuching diwujudkan sebagai pelengkap kepada lima koridor ekonomi seluruh Malaysia iaitu di Wilayah Ekonomi Koridor Utara, Wilayah Iskandar Malaysia, SDC Sabah dan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (Ecer).
Menurutnya bagi Teraju@Koridor Sarawak, kerajaan negeri sudah mengenal pasti beberapa sektor utama yang berprestasi tinggi seperti pemborongan dan peruncitan, pelancongan, industri makanan, sistem bangunan perindustrian dan tenaga diperbaharui.
“Dengan panduan sedia ada, Teraju bakal membantu kerajaan negeri meningkatkan penyertaan golongan Bumiputera dalam bidang itu secara efektif.
“Walaupun baru dilancarkan di negeri ini, program teras Teraju yang bertujuan mengenal pasti syarikat Bumiputera berprestasi tinggi dan berpotensi mencapai pertumbuhan baik sepanjang tempoh lima tahun kini berjaya menarik sebanyak 80 syarikat.
“Sebanyak 1,100 syarikat dijangka menyertai program teras menjelang 2012 dengan kerjasama agensi kerajaan dan sektor swasta untuk memudahkan peluang perniagaan dan pilihan pembiayaan,” katanya pada majlis pelancaran Kongres Ekonomi Bumiputera Sarawak ke-5 di Kuching, Sarawak, semalam.
Pelancarannya disempurnakan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang dan Ketua Pegawai Eksekutif Teraju, Husni Salleh.
Nor Mohamed berkata, Teraju turut mempunyai inisiatif bersama Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) ‘Prosper Teras’ untuk membantu usahawan Bumiputera di dalam peruncitan.
“Usahawan di negeri ini perlu mengetahui dengan lebih lanjut program dan inisiatif Teraju yang dapat mempertingkatkan prestasi penyertaan usahawan Bumiputera dalam ekonomi yang lebih baik dalam peringkat global,” katanya.
No comments:
Post a Comment