Friday, March 16, 2012

Pameran francais terbesar

Source From (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0316&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_02.htm

Published: on 16 March 2012
Oleh SARAH NADLIN ROHIM
ekonomi@utusan.com.mySarah



Ismail Sabri Yaakob diberi penerangan mengenai Franchise International Malaysia 
2012 selepas majlis prapelancaran pamerannya di Kuala Lumpur, semalam. Turut 
hadir Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, 
Datuk Rohani Abdul Karim (kanan) dan Datuk Tan Lian Hoe (kiri) serta Pengerusi 
Persatuan Francais Malaysia, Abdul Malik Abdullah (tiga, kiri). - BERNAMA 

KUALA LUMPUR 15 Mac - Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia 2012 (FIM 2012) menyasarkan transaksi perniagaan bernilai RM370 juta dan mencatatkan bilangan pengunjung melebihi 10,000 orang.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sasaran itu dibuat berdasarkan sambutan memberangsangkan yang diterima pada tahun lalu apabila mencatatkan transaksi perniagaan sebanyak RM352 juta.

"Jumlah pengunjung yang hadir pada tahun lalu juga amat menggalakkan apabila berjaya menarik minat seramai 10,756 orang," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan prapelancaran FIM 2012 di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim dan Datuk Tan Lian Hoe.

Pameran FIM 2012 akan diadakan pada 6 hingga 8 Julai ini.
Tambah Ismail Sabri, pameran tersebut bakal disertai oleh francaisor tempatan, manakala 25 peratus lagi merupakan francaisor asing.

Setakat ini, jumlah francaisor adalah 603 dengan 416 tempatan, 126 asing dan 61 francaisor induk.
Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata, kementeriannya telah menghantar kertas cadangan perubahan Akta Francais 1998 kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

"Perubahan akta tersebut adalah bagi membolehkan pihak kami mengumpul data jumlah francaisi yang terdapat di dalam negara berbanding jumlah francaisor sahaja pada masa ini," jelasnya.

No comments: