Friday, March 16, 2012

Gubal akta peroleh maklumat francaisi

Source From (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Gubalaktaperolehmaklumatfrancaisi/Article/index_html

Published: on 16 March 2012

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri Dan Koperasi (KPDNKK) bercadang untuk menggubal Akta Francais 1998 bagi membolehkan kementeriannya mendapatkan data dan maklumat francaisi.
Sebelum ini, di bawah Akta Francais 1998 hanya francaisor diwajibkan untuk mendaftar dan memberikan maklumat kepada KPDNKK dan tidak diwajibkan kepada golongan francaisi.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kementeriannya sudah menghantar cadangan penggubalan akta itu kepada peguam negara dan dijangka bakal dibentangkan kepada Kabinet dalam tahun ini.
Katanya, penggubalan Akta Francais 1998 membolehkan kerajaan untuk mengumpul maklumat dan data bilangan francaisi yang kini dijangka melebihi 5,315. Dalam masa yang sama, ia memudahkan kerajaan untuk mengetahui sumbangan perniagaan mereka ke dalam ekonomi negara pada masa depan.

Sebelum ini, Ismail pernah berkata untuk meminda Akta Francais 1998 bagi melindungi francaisi daripada sebarang masalah terutama penipuan dilihat sebagai langkah bertepatan dalam usaha membangunkan industri francais negara yang semakin berkembang.

“Industri francais negara dijangka menyumbang RM22.5 bilion kepada pendapatan kasar dalam negara kerana buat masa ini sebanyak 603 francaisor direkodkan berdaftar di bawah kementerian dan ia dijangka meningkat sehingga hujung tahun ini.

No comments: