Sunday, May 20, 2012

SMIDEX 2012 expected to record 20pc rise in sales

Source From (Business Times): http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/jrsmms/Article/

Published: on 20 May 2012
By June Ramlee

KUALA LUMPUR: SME Corp Malaysia expects the SME Innovation Showcase 2012 (SMIDEX 2012) to record a 20 per cent increase in negotiated sales this year from RM194.7 million last year.

Chief executive officer Datuk Hafsah Hashim said the three-day exhibition to be held at the Kuala Lumpur Convention Centre from June 20 to 22, will see a higher number of participation from international exhibitors.

"In terms of business matching value, we hope to reach RM220 million this year, with the increased presence of international exhibitors," she told reporters after the soft launch of SMIDEX 2012 yesterday.

Also present at the event was SME Corp chairman Datuk Mohamed Al Amin Abdul Majid.

Hafsah said in conjunction with the exhibition, SME Corp will organise the Asean-India SME Conference from June 21 to June 22 to provide a platform for local small and medium enterprises to leverage on the Asean-India free trade agreement (FTA). The FTA came into force on January 1 2010.

She said SME Corp will also introduce the SME Week for the first time during the SMIDEX 2012 to create better visibility on the country's SME products and services.

Themed "SMEs Shaping the Future", this year's SMIDEX is expected to attract more than 200 foreign and local exhibitors.

Over 10,000 participants from the business and public sectors are expected to attend the event, which will highlight the latest lifestyle products from Malaysia and around the region.

Potensi perniagaan lebih luas

Source From (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0519&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_01.htm

Published: on 20 May 2012

HAFSAH Hashim bersama Mohamed Al Amin Abdul 
Majid menunjukkan reka letak pameran SMIDEX 2012 
pada majlis prapelancaran pameran itu di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 18 Mei - SME Corporation Malaysia Bhd. (SME Corp) menyasarkan peningkatan sebanyak 20 peratus bagi nilai potensi perniagaan sempena pameran inovasi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) (SMIDEX 2012) berbanding RM194 juta yang telah dicapai tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Hafsah Hashim berkata, peningkatan itu dijangka berlaku hasil peningkatan penyertaan peserta pameran antarabangsa.

Katanya, pada tahun ini, SME Corp turut menjemput negara-negara lain selain ASEAN untuk menyertai SMIDEX 2012 seperti India, Korea, Syria dan Jepun.

"Jika tahun lalu kami membawa masuk penyertaan negara-negara ASEAN dan China, pada tahun ini kami menjemput negara-negara ASEAN dan lain-lain.

"SMIDEX 2012 dijangka melibatkan penyertaan sebanyak 350 peserta kesemuanya," katanya dalam majlis prapelancaran SMIDEX 2012 di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi SME Corp., Datuk Ir. Mohamed Al Amin Abdul Majid.
Hafsah berkata, SMIDEX 2012 dijadualkan berlangsung selama tiga hari bermula 20 Jun ini.

Selain syarikat PKS, syarikat-syarikat lain yang turut dijemput menyertai pameran itu adalah Proton Holdings Bhd., Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd., Celcom (M) Bhd., Telekom Malaysia Bhd., Malaysian Industrial Development Finance Bhd. dan RHB Bank Bhd..

Kemuncak SMIDEX 2012 adalah Anugerah Inovasi PKS 2012 yang merupakan majlis pengiktirafan terhadap usaha inovasi syarikat PKS tempatan.

PKS yang paling inovatif dari enam kategori yang dipertandingkan berpeluang memenangi hadiah berupa wang tunai sebanyak RM1 juta. Majlis anugerah itu dijangka dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain majlis anugerah, SME Corp turut mengadakan Persidangan PKS ASEAN-India 2012 yang mana ia menjadi platform terbaik bagi para peserta memahami peluang dan cabaran pasaran di India.

Maklumat lanjut mengenai SMIDEX 2012 boleh didapati menerusi laman web www.smidex.my atau di laman sosial Facebook iaitu www.facebook.com/smidex.

85 KR1M di seluruh negara pada akhir 2012

Source From (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0520&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_03.htm

Published: on 20 May 2012

KANGAR 19 Mei - Sebanyak 85 buah Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dijangka dibuka di seluruh negara sehingga akhir tahun ini, berikutan sambutan memberangsangkan daripada pengguna terhadap kedai itu yang menawarkan harga barangan pada kadar rendah.

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN), Datuk Dr. Ameer Ali Mydin berkata, setakat ini sebanyak 36 buah cawangan KR1M telah beroperasi di seluruh negara dan terbaru pembukaan kedai berkenaan di Bintong dekat sini.

"Ini termasuk pembukaan cawangan KR1M di Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah pada Julai ini," katanya pada sidang akhbar selepas perasmian kedai berkenaan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu di Bangunan Serbaguna, Mukim Wang, Bintong di sini hari ini.

KR1M diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membantu rakyat membeli barangan pada harga murah dengan MYDIN diberi amanah menjalankan operasi kedai berkenaan.

Menurut Ameer, pihaknya menyasarkan setiap daerah atau kawasan parlimen di setiap negeri mempunyai sekurang-kurangnya sebuah kedai seumpama itu.

350 PKS sertai Smidex 2012

Source From (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/350-pks-sertai-smidex-2012-1.49331

Published: on 20 May 2012
CONNIE S MONICAL

Perbadanan Peru­­sahaan Kecil dan Sederhana (SME Corp Malaysia) menyasarkan peningkatan­ jualan 20 peratus berbanding RM194.7 juta jumlah tahun lalu.

Pengerusinya, Datuk Ir Mohamed Al Amin Abdul Majid berkata, jumlah penjanaan itu dikumpul menerusi Pameran Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) terbesar (Smidex 2012) ke-15 yang berlangsung 20 hingga 22 Jun ini.

“Pameran tahun ini akan disertai lebih 350 tapak pameran, 200 syarikat tempatan seperti Proton Holdings Bhd, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua), Celcom (M) Bhd, Telekom Malaysia Bhd, Malaysian Industrial Development Finance Bhd dan RHB Bhd.

“Selebihnya syarikat luar negara seperti India, Korea, Thailand, Syria, Jepun, Brunei dan Indonesia,” katanya selepas pra pelancaran Smidex 2012, di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, tahun ini, SME Corp menyasarkan 10,000 pengunjung bakal membanjiri pameran tersebut kerana tumpuan produk lebih kepada gaya hidup terkini selaras hasrat untuk mengetengahkan kemampuan syarikat tempatan ke seluruh dunia dalam menghasilkan produk terbaik.

SME Corp turut mengadakan Anugerah Inovasi PKS 2012 bagi memberi pengiktirafan terhadap usaha inovasi syarikat tempatan di dalam enam kategori dan berpeluang untuk memenangi wang tunai RM1 juta.

Turut berlangsung sepanjang Smidex 2012, Persidangan PKS Asean-India 2012 yang menjadi platform terbaik bagi peserta memahami peluang dan cabaran pasaran India.