Sunday, June 9, 2013

Usahawan Wanita Diseru Perluas Pasaran Berasaskan Geografi Untuk Berjaya

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Tiada cara lain untuk menjadi usahawan yang berjaya dan bertahan pada hari ini kecuali dengan mengembangkan pasaran berasakan geografi, demikian menurut dua pengeksport wanita yang berjaya.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130610/ek_02/Wanita-perlu-langkau-geografi
Published: Jun 10, 2013

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=954869
Published: Jun 09, 2013


SESEORANG usahawan yang baik perlu mempunyai rancangan memperluaskan 
perniagaan ke seluruh dunia menggunakan medium Internet.

Pengurus Besar Megam Capital dari Sepanyol, Maria Eugenia Giron berkata dari sebuah negara yang kecil, beliau tidak mempunyai cara lain untuk mengembangkan perniagaannya kecuali mengeksport.

Giron, yang juga Pengarah Eksekutif IE Business School Premium and Prestige Business Observatory berkata sebagai Ketua Pegawai Eksekutif mana-mana perniagaan, seseorang itu perlu bermula dengan melihat dunia sebagai sasaran.

"Semua jenama yang saya bekerjasama, pasaran utama bukan negara asal mereka. Membeli merupakan emosi dan hubungan. Dan rangkaian sosial telah mengubah segala-galanya.

"Jika Facebook adalah sebuah negara, ia akan menjadi pasaran kedua terbesar selepas China," katanya pada sesi Menjejak Keusahawanan pada Sidang Kemuncak Wanita Global 2013 di sini, hari ini.

Sidang kemuncak tiga hari itu berakhir hari ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merasmikannya pada Khamis.

Giron mempunyai lebih 18 tahun pengalaman dalam perniagaan barang mewah, antaranya jenama Loewe, Carrera y Carrera, Silvercloud dan Le Chameau.

Beliau berkata selain mengintegrasikan budaya pasaran, rundingan untuk faedah kedua-dua pihak dan mendapatkan nasihat undang-undang, komunikasi adalah suatu yang penting.

"Berkomunikasi dalam setiap cara yang boleh supaya orang merasakan anda berada di sana," katanya.

Sementara itu, ahli perniagaan Malaysia Hooi Lai Lin, Ketua Pegawai Eksekutif Ken-Rich Chemical Production Sdn Bhd berkata meskipun usahawan secara semula jadinya mahu berkembang dekat dengan tempat asal, seseorang itu tidak boleh memandang rendah mengenai kepentingan tingkah laku pengguna.

"Risikan pasaran adalah amat penting. Singapura hampir sama dengan Kuala Lumpur tetapi tingkah laku pengguna berbeza sekali. Malah di Asia, kita begitu pelbagai. Dapatkan banyak maklumat sebelum ke sesuatu tempat," katanya.

Hooi menerajui Ken-Rich, pengeluar produk penjagaan diri dan produk pencuci rumah yang boleh didapati di lebih 16 negara.

-- BERNAMA 

Canon fokus kepada PKS

CANON Marketing (Malaysia) Sdn Bhd (Canon) memperkenalkan tujuh pencetak baru yang dihasilkan khusus bagi memenuhi keperluan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta yakin jualan syarikat itu meningkat 20 peratus dalam tempoh lapan bulan akan datang.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20130610/ko_01/Canon-perkenal-pencetak-keperluan-PKS
Published: Jun 10, 2013

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/canon-fokus-kepada-pks-1.168730
Published: Jun 09, 2013

Canon fokus kepada PKS
Wong (kanan) bersama Chik Hoe menunjukkan pencetak terbaru Canon yang 
direka khusus untuk industri PKS.

Pembekal penyelesaian imbasan digital terkemuka itu kini menyasarkan pasarannya kepada PKS dengan menghasilkan pelbagai produk memenuhi keperluan usahawan dalam industri serta perbadanan sederhana dan besar yang baru bertapak.

“PKS adalah antara jenis syarikat yang pesat berkembang di Malaysia dan seperti lain-lain organisasi, PKS mempunyai keutamaan dan keperluan pencetakan yang khusus untuk jenis perniagaan mereka.

“Kami gembira kerana dapat menawarkan pilihan kumpulan pencetak kepada PKS dan yakin pencetak kami akan membantu mereka menjadi lebih cekap dan produktif. Dengan saiz sasaran pasaran baru kami yang semakin membesar, kami yakin maklum balasnya adalah positif,” menurut Pengarah Bahagian Sistem Produk Pengguna Canon, Simon Wong.

Menurut beliau, produk terbaru itu terdiri daripada tiga pencetak laser dan empat pencetak inkjet yang kesemuanya beroperasi dengan rekaan, inovasi dan teknologi terbaru Canon bagi melengkapkan jumlah pencetak yang ideal untuk PKS kepada 16 pencetak.

Beliau menambah, kebanyakan pencetak baru itu dilengkapi keupayaan WiFi kerana pencetakan tanpa wayar kini semakin menjadi keperluan dalam kalangan pelanggan Canon.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Penyelesaian Imbasan Perniagaan Canon, Ooi Chik Hoe berkata, peranti pelbagai fungsi seperti siri imageRUNNER 4000 dan 5200 Canon telah terbukti berjaya terutamanya dalam industri PKS.

"Ini adalah hasil usaha bersepadu kami untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada pasaran PKS dan potensi besar yang datang bersamanya," katanya.

Saturday, June 8, 2013

KW Group Anjur Sidang Kemuncak Perdagangan Dan Logistik Halal Global Ke-2

KUALA LUMPUR, 7 Jun (Bernama) -- KW Group Sdn Bhd akan menganjurkan Sidang Kemuncak Perdagangan dan Logistik Halal Global Ke-2 untuk menghadapi cabaran sebenar menghasilkan produk halal dengan jaminan integriti halal.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=954662
Published: Jun 08, 2013

Program selama dua hari yang akan berlangsung di sini mulai 17 Jun itu, akan menghimpunkan peserta dari sektor-sektor dalam rantaian nilai halal termasuk kerajaan, pengeluar, pembekal serta organisasi logistik dan perindustrian, katanya dalam satu kenyataan Jumaat.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Datuk Wong Lai Sum, dijadualkan menyampaikan ucaptama pada acara itu.

Sidang kemuncak itu juga akan menampilkan penceramah-penceramah serta ahli-ahli panel tempatan dan antarabangsa termasuk dari India, Afrika Selatan, Indonesia dan Pakistan.

KW Group berkata edisi ketiga program ini akan diadakan di Dubai dari 22 hingga 23 Oktober, 2013.

Maklumat lanjut boleh didapati di www.kwhalal.com

-- BERNAMA 

Usahawan muda bekal 40,000 kelapa tua menjelang bulan puasa, hari raya

MELAKA 7 Jun - Sebanyak 40,000 biji kelapa tua disediakan sebagai bekalan bagi menampung keperluan bahan tersebut di negeri ini menjelang bulan puasa dan Aidilfitri tidak lama lagi.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20130608/ws_04/Usahawan-muda-bekal-40000-kelapa-tua-menjelang-bulan-puasa-hari-raya
Published: Jun 08, 2013


MOHAMMAD Affiq Azemi (kanan) dan Solihin Mohd. Jamil menunjukkan 
kelapa tua yang dipasarkan oleh syarikat mereka di Tanjung Minyak, Melaka, 
semalam bagi memenuhi permintaan pengguna sepanjang bulan Ramadan 
dan Syawal ini.

Seorang usahawan muda, Muhammad Affiq Azemi, 23, berkata, kesemua bekalan tersebut disediakan bagi memenuhi permintaan pengguna yang akan meningkat lebih-lebih lagi pada musim berkenaan.

Menurutnya, bekalan kelapa tua atau kelapa kukus yang merupakan bahan asas kepada masakan Melayu serta kuih muih itu amat perlu memandangkan Melaka masih kekurangan pembekal bagi bahan tersebut.

"Kebanyakan pembekal di negeri ini mendapatkannya dari luar dan ini merumitkan para peniaga kecil dan sederhana yang mahu mendapatkannya dalam kuantiti sedikit.

"Oleh yang demikian, kami mengambil inisiatif menjadi pelopor bagi membekalkan kelapa tua di negeri ini yang secara tidak langsung dapat memenuhi permintaan dalam kalangan pemborong serta pengguna termasuk dari Negeri Sembilan," katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui di pusat edaran kelapa terbesar negeri di alamat Lot 1419, Batu 7 1/2 Kampung Bukit Datuk B, Tanjung Minyak, di sini hari ini.

Muhammad Affiq dan rakan kongsinya, Solihin Mohd. Jamil, 21, merupakan pemilik bersama syarikat pembekal kelapa tua iaitu SNA Trading Enterprise Sdn. Bhd.

Jelas Muhammad Affiq, dia memilih untuk menjadi pembekal kelapa tua terbesar di negeri ini memandangkan masih belum banyak syarikat Bumiputera yang berkecimpung dalam bidang tersebut.
"Pasaran kelapa tua ini mempunyai potensi besar kerana permintaannya tidak pernah putus malah makin meningkat terutamanya menjelang musim-musim perayaan," katanya.

Sementara itu, Solihin memberitahu, 40,000 biji kelapa tua itu adalah untuk kegunaan sebulan di negeri ini dan akan ditambah dari semasa ke semasa berdasarkan permintaan.