Source From (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0216&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_06.htm
Published: 14 February 2012
KUALA LUMPUR 15 Feb. – Masih wujud jurang dalam pengunaan serta
pemahaman mengenai Standard Halal dalam kalangan perusahaan kecil dan
sederhana (PKS), walaupun industri itu berkembang pesat di peringkat
tempatan dan dunia.
Forum Halal Dunia (WHF) dalam kenyataannya di sini hari ini berkata,
walaupun kebanyakan syarikat multinasional besar menyedari potensi
industri halal dan merebut peluang, PKS tempatan masih ketinggalan.
Nilai pasaran produk halal di Malaysia tahun lepas dianggarkan lebih RM30 bilion.
Kebimbangan ini disuarakan oleh Jumaatun Azmi, pengasas WHF, yang
turut menyatakan terdapat banyak faktor penyumbang terhadap kekurangan
ini, termasuk sumber dan kekurangan modal.
“Peserta besar sudah mula meraih keuntungan daripada potensi hebat
dalam pasaran halal global yang semakin meningkat ini. Namun usahawan
kecil dan beroperasi dari rumah, mempunyai sumber yang terhad untuk
mematuhi standard Halal,” kata Jumaatun.
Beliau juga membangkitkan mengenai perlunya agensi atau badan tunggal
yang seragam untuk menyelaras dan meningkatkan tadbir urus halal di
dunia.
Badan atau agensi ini boleh menangani keperluan mendapatkan panel
pakar-pakar industri yang cekap untuk menyeragamkan amalan dan peraturan
halal bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan pelanggan.
Di Malaysia, standard Halal sesuatu produk dikeluarkan oleh agensi
piawaian nasional, Standard Malaysia, dengan semua perkara dibincangkan
di peringkat jawatankuaa teknikal yang diwakili para pemegang
kepentingan yang berkaitan. – BERNAMA
No comments:
Post a Comment