Tuesday, January 15, 2013

Mydin Belanja RM450 Juta Untuk Wujudkan Tiga Pasar Raya Besar Di Sarawak

Kuching: Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) akan melabur RM450 juta untuk mewujudkan tiga pasar raya besar, masing-masing di Isthmus, Perbandaran Baru Samariang dan Vista Tunku, Sarawak, dalam tempoh 30 bulan akan datang.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=921547
Published: January 15, 2013

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/mydin-labur-rm450-juta-sasar-3-pasar-raya-besar-di-sarawak-1.121210
Published: January 15, 2013

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Mydinbuka3pasarrayadiSarawak//Article/index_html
Published: January 15, 2013

Pengarah urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin berkata pelaburan itu ialah untuk mewujudkan infrastruktur berkenaan.

"Maknanya minimum RM150 juta (pelaburan untuk satu pasar raya besar). Ia adalah satu pelabur besar untuk kami," kata beliau dalam taklimat media selepas memeterai perjanjian dengan wakil daripada CMS Land Sdn Bhd dan Projek Bandar Samariang Sdn Bhd di sini Isnin.

Turut hadir ialah Menteri Perumahan dan Pelancongan Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Ameer berkata dengan kepakaran CMS, pasar raya besar di Samariang dijangka siap dalam tempoh 18 bulan sementara pasar raya besar Isthmus akan siap menjelang akhir 2015.

-- BERNAMA

Entrepreneurs Urged To Take On Ayamazz Franchise Business

ALOR SETAR, Jan 14 (Bernama) -- Jati Bestari Sdn Bhd (Jati Bestari), which has been appointed by Ayamazz Sdn Bhd to help expand the latter's Ayamazz Frank Buns franchise business, is urging local entrepreneurs to take up the opportunity to do the franchise business.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/newsbusiness.php?id=921560
Published: January 15, 2013

Ayamazz, which is a wholly owned subsidiary of KFC Holdings (Malaysia) Bhd, has identified 400 strategic locations nationwide where the business could be developed.

Chief Executive Officer of Jati Bestari, Uzir Abdul Samad said the capital required to open up a kiosk for the franchise business ranged between RM40,000 and RM118,000, while its returns would be rewarding for the entrepreneur who takes up the commitment for the business.

"We are confident of the high potential this business offers as the locations identified are strategic for the business while the product pricing is competitive and of quality. We are nevertheless aware that there will always be competition in an open market.

"We will guide and monitor our frachisors so that they will stay close to the objectives," he told Bernama following a briefing here today for 30 businessmen from the Kuala Kedah Parliamentary constituency here today.

Uzir said the snack, based on a grab-and-go concept and comprising steamed buns filled with frankfurters and toppings, was introduced in the market about a year ago and had been receiving good response from the people since.

Within the one year period, 25 Ayamazz Roti Impit or Ayamazz Frank Buns outlets had been opened with locations in LCCT, Central Market, Pudu Central, Carrefour, Wangsa Maju, Metro Kajang Prima and Aman Jaya Mall in Sungai Petani.

Jati Bestari also had successfully set up 52 mobile kiosks which have been operating in college campuses and universities nationwide to assist graduates become entrepreneurs.

Uzir said the company was confident that demand for the fast food would continue to rise with further promotion in the media.

He added that there were also plans to aggressively explore the open market this year, with the target of opening over 150 new branches across the country, including in Sabah and Sarawak.

Uzir said besides the buns, there were also other items offered on the Ayamazz menu including flavoured beverages like chocolate, cappuccino, strawberry, and honeydew.

-- BERNAMA

Usahawan Dipelawa Rebut Perniagaan Fancais Ayamazz

ALOR SETAR, 14 Jan (Bernama) -- Jati Bestari Sdn Bhd (Jati Bestari), yang mengenal pasti lebih 400 tempat strategik di seluruh negara, mempelawa usahawan tempatan merebut peluang menceburi perniagaan Ayamazz Roti Impit secara Francais.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=921545
Published: January 15, 2013

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Uzir Abdul Samad berkata, dengan bermodalkan antara RM40,000 dan RM118,000, francais itu menawarkan pulangan memuaskan kepada usahawan yang sanggup memberi komitmen kepada perniagaan.

"Kami yakin perniagaan ini sangat berpotensi kerana tempat-tempat yang dikenal pasti cukup strategik, di samping strategi perniagaan, harga produk tidak mahal dan berkualiti namun sedar pasaran terbuka sentiasa ada persaingan.

"Kami akan membimbing dan memantau francaisi kami agar mereka tidak tersasar dari matlamat," katanya kepada Bernama selepas memberi taklimat kepada 30 ahli perniagaan dari kawasan Parlimen Kuala Kedah di sini Isnin.

Ayamazz Sdn Bhd (Ayamazz), anak syarikat milik penuh KFC Holdings (Malaysia) Bhd, melantik Jati Bestari dalam usahanya mengembangkan, mengukuhkan dan memasarkan perniagaan Ayamazz Roti Impit serta membuka lebih banyak cawangan di seluruh negara.

Menurut Uzir, kemunculan roti impit berkonsepkan snek makanan segera dengan sentuhan ala barat dan tempatan di pasaran sejak setahun lepas mendapat sambutan menggalakkan dari orang ramai adalah bukti perniagaan ini berdaya maju.

Dalam tempoh setahun itu, katanya 25 kiosk Ayamazz Roti Impit dibuka antaranya di LCCT, Centrel Market, Pudu Central, Carrefour, Wangsa Maju, Metro Kajang Prima dan Aman Jaya Mall di Sungai Petani.

Lebih menarik, Jati Bestari berjaya mewujudkan 52 gerai tolak yang beroperasi di kawasan kampus dan universiti dan kolej di seluruh negara bagi memupuk graduan menjadi usahawan, kata Uzir.

"Kami percaya permintaan untuk Ayamazz Roti Impit di kiosk akan terus berkembang melalui promosi, publisiti dan iklan berterusan dalam akhbar dan media eletronik.

"Kami juga merancang mewujudkan banyak lagi kiosk bergerak menggunakan van dan kereta tolak di setiap bandar dengan Jati Bestari sebagai pelesen utama dengan kerjasama usahawan tempatan," tambahnya.

Uzir berkata program perniagaan Ayamazz Roti Impit dibuka kepada orang ramai yang berminat termasuk badan-badan korporat dan badan-badan bukan kerajaan yang inginkan pulangan jangka panjang.

Syarikat itu merancang meneroka pasaran secara agresif tahun ini, dengan menyasarkan untuk membuka lebih 150 cawangan baharu di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak, katanya.

Ayamazz Roti Impit atau Frank Buns' adalah konsep snek ambil dan pergi. Ia tersedia dalam pilihan tiga rasa - keju, cendawan dan lada hitam.

-- BERNAMA

Monday, January 14, 2013

SME Factors sasar RM3 bilion pembiayaan kepada PKS

KUALA LUMPUR 13 Jan. - Syarikat kewangan, SME Factors menjangkakan jumlah pembiayaan yang dikeluarkan bakal mencecah RM3 bilion menjelang hujung tahun ini hasil peningkatan pelanggan dan pengenalan produk baharu.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20130114/ko_01/SME-Factors-sasar-RM3-bilion-pembiayaan-kepada-PKS
Published: January 14, 2013



Tahun lalu, SME Factors telah merekodkan pembiayaan sebanyak RM2 bilion, meningkat sekali ganda berbanding tahun sebelumnya.

SME Factors ditubuhkan empat tahun lalu mempunyai kepakaran dari segi mengurus profil risiko syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan matlamat membantu menyediakan penyelesaian aliran tunai kepada golongan berkenaan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syed Zed Al-Qudsy berkata, pelanggan baharu syarikat mencatat peningkatan sebanyak 60 peratus tahun lalu hasil diadakan pelbagai seminar kesedaran.

Menurutnya, pendekatan melalui seminar kepada PKS telah memberi pulangan yang baik dan pendedahan mengenai produk SME Factors juga dapat disampaikan lebih berkesan.

"Peningkatan ini juga disokong oleh kesedaran usahawan mengenai produk kami melalui pelbagai aktiviti yang dirancang.

"Pertumbuhan tahun ini dijangka bertambah baik berikutan banyak projek-projek besar yang diumumkan tahun lalu telah melalui fasa kedua iaitu ditenderkan kepada kontraktor kecil.

"Projek besar memerlukan sumber kewangan yang besar. Kami berpendapat SME Factors dapat membantu mereka untuk memenangi bidaan dalam memenangi kontrak berkenaan," katanya kepada Utusan Malaysia.

Syed Zed berkata, tahun ini, institusi kewangan berkenaan sedang menumpukan pembangunan pusat pelanggan yang berfungsi sebagai lokasi perjumpaan dengan pelanggan baharu.

"Kami juga akan melancarkan produk baharu iaitu khusus untuk pembiayaan sektor swasta Mac ini," jelasnya.

Ketika ini, SME Factors juga sedang membangunkan produk baharu iaitu jaminan bekalan yang berperanan memberi jaminan pembayaran kepada pembekal yang terlibat dengan sesebuah projek.

"Hubungan pembekal dan kontraktor sangat penting dan perlukan kepercayaan. Oleh itu, SME Factors bertindak sebagai penjamin atau orang tengah yang akan merapatkan jurang mereka.

"Produk ini akan dilancarkan pada pertengahan tahun ini. Kami mempunyai pengalaman dalam bidang kontraktor, maka setiap produk kami sentiasa memenuhi keinginan mereka," ujarnya.