Monday, June 3, 2013

Perlu tambah pengeluar produk halal

Usahawan Malaysia hanya mampu mengeksport produk halal bernilai RM30 bilion setahun sedangkan jumlah bekalan yang diperlukan dunia bagi produk itu kini meningkat kepada RM73 trilion.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Perlutambahpengeluarprodukhalal/Article/index_html
Published: Jun 03, 2013

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Ir Hamim Samuri berkata, ini menunjukkan pasaran dunia bagi produk halal yang meliputi bahan makanan, kosmetik, ubat-ubatan dan barangan pengguna lain amat besar.

“Justeru, kerajaan mengalu-ngalukan sesiapa sahaja terutama umat Islam di negara ini untuk membekalkan produk halal yang mempunyai pasaran yang cukup besar pada peringkat antarabangsa,” katanya di Muar, Johor, semalam.

Menurutnya, produk halal keluaran negara lebih diyakini pada peringkat antarabangsa kerana kerajaan Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia yang campur tangan dalam mengeluarkan sijil halal dalam setiap produk halal.

Di negara-negara lain katanya, tugas mengeluarkan sijil halal dikendalikan oleh badan bukan kerajaan termasuk persatuan dan pihak pengurusan masjid.

“Kerajaan Malaysia amat komited dalam soal mengeluarkan sijil halal bagi produk halal. Perkara seperti ini tidak berlaku di negara lain termasuk di negara-negara Islam Timur Tengah,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa usahawan di negara ini terutama umat Islam merebut peluang yang terbentang luas untuk meneroka perdagangan di peringkat antarabangsa.

Ir Hamim yang juga Ahli Parlimen Ledang berkata, kementeriannya menyediakan segala bantuan diperlukan kepada mereka yang bersedia menceburkan diri dalam bidang pengeluaran produk halal.

Katanya, mereka perlulah mematuhi peraturan tertentu sebelum barangan mereka layak mendapat sijil halal dan dibenarkan untuk dieksport ke pasaran luar negeri.

Pesta Makanan Halal Malaysia-Xi'an Dijangka Tarik Lebih 100,000 Pelawat

XI'AN, 3 Jun (Bernama) -- Pesta Makanan Halal Malaysia-Xi'an ke-dua dijangka menarik lebih 100,000 pelawat melawat pameran selama 12 hari yang bermula Jumaat itu. Tahun lepas, kira-kira 50,000 pelawat melawat pameran berkenaan, kata Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Asas Tani (MOA) Datuk Mohd Hashim Abdullah.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=953593
Published: Jun 03, 2013

Source from (The Malaysian Insider): http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pesta-makanan-halal-malaysia-xian-dijanga-tarik-lebih-100000/
Published: Jun 03, 2013


Enak dimakan...Pelawat-pelawat China tertarik dengan ketulan 

ikan (fish nuggets) dan bebola sotong (squid balls) yang dipamerkan
 di Pesta Makanan Halal Malaysia-Xi'an ke-2 di China. Seramai 35 
orang usahawan Malaysia mengambil bahagian dalam pameran 12 
hari itu yang diadakan di 'Muslim Street', Xi'an, China.  

Katanya sambutan yang dijangka baik itu adalah hasil sokongan para pengusaha.

Tahun ini, terdapat 55 gerai mengambil bahagian di mana 35 daripadanya adalah milik usahawan Malaysia manakala 20 lagi dari Daerah Lian Hu, di sini berbanding dengan hanya 20 usahawan Malaysia mengambil bahagian pada tahun lepas.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas perasmian Pesta Makanan Halal Malaysia-Xi'an ke-dua di "Muslim Street" di sini Ahad.

Acara itu bertujuan mempromosikan budaya dan makanan Malaysia dan untuk memperkenalkan peluang perniagaan yang terdapat di Malaysia.

Mohd Hashim berkata 359 produk dari Malaysia telah diperkenalkan di sini pada pameran tahun ini berbanding dengan hanya 123 pada tahun lepas.

"Tahun ini, kami dapat membawa masuk lebih banyak produk, yang termasuk buah-buahan dari Malaysia seperti nangka, durian dan nenas.

Masyarakat beragama Islam, kira-kira 50,000 orang, adalah minoriti terbesar tinggal di Xi'an, daripada 81,500 orang dari pelbagai kumpulan minoriti.

Sementara itu, pelawat China di sini kini telah tertarik dengan makanan Malaysia yang disediakan di pameran ini.

Seorang pemandu pelancong, Chen Caiyan, 36, melahirkan rasa terujanya terhadap kepelbagaian makanan Malaysia yang dipamerkan di sini.

"Saya pertama kali mencuba "white coffee" Malaysia pada 2003, dan apabila ramai pelancong Asean melawat Xi'an beberapa tahun kebelakangan ini, ramai daripada mereka telah membawakan saya white coffee," katanya.

Selain itu, Chen turut membeli beberapa botol cili dan filet di sini.

Seorang surirumah, Liu Xilin, 56, pula menggemari durian goreng (yang dicampur tepung, durian dan beras pulut) selepas mencubanya di pameran itu.

"Saya pernah mencuba makan durian tetapi bukan yang digoreng. Ia istimewa dan berbau sedap." katanya.

-- BERNAMA 

Sunday, June 2, 2013

Tap Into Huge Global Halal Market, Muslim Entrepreneurs Urged

MUAR, June 1 (Bernama) -- Deputy International Trade and Industry Minister Hamim Samuri has urged Malaysian Muslim entrepreneurs to tap into the huge international halal market, saying the nation's annual exports of halal products worth RM30 billion pale in significance compared to the global halal market worth RM73 trillion.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bu/newsbusiness.php?id=953474
Published: Jun 02, 2013

Source from (The Malaysian Insider): http://www.themalaysianinsider.com/business/article/tap-into-huge-global-halal-market-muslim-entrepreneurs-urged/
Published: Jun 02, 2013

"The government welcomes anyone, especially Muslims, to venture into this huge global market, they should grab the enormous opportunities available," he said here Saturday.

Hamim, who is also Ledang MP, said Malaysian halal products enjoy wide credibility globally due to the government's role and commitment in issuing halal certification for every halal product, unlike in other countries where the certification may be issued by non-governmental organisations and mosque management boards.

Hamim added his ministry will provide all necessary aid to those venturing into halal exports, provided they meet certain criteria.

-- BERNAMA

Usahawan Digesa Rebut Peluang Bekal Produk Halal Peringkat Antarabangsa

MUAR, 1 Jun (Bernama) -- Usahawan Malaysia hanya mampu mengeksport produk halal bernilai RM30 bilion setahun sedangkan jumlah bekalan yang diperlukan dunia terhadap produk itu kini telah meningkat kepada RM73 trilion.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=953467
Published: Jun 02, 2013

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ir Hamim Samuri berkata ini menunjukkan pasaran dunia bagi produk halal yang meliputi bahan makanan, kosmetik, ubat-ubatan dan barangan pengguna lain amat besar.

"Justeru, kerajaan mengalu-ngalukan sesiapa sahaja terutama umat Islam di negara ini untuk membekalkan produk halal yang mempunyai pasaran yang cukup besar pada peringkat antarabangsa," katanya di sini.

Menurutnya, produk halal keluaran negara lebih diyakini pada peringkat antarabangsa kerana kerajaan Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia yang campur tangan dalam mengeluarkan sijil halal dalam setiap produk halal.

Di negara-negara lain kata, katanya tugas mengeluarkan sijil halal dikendalikan oleh badan-badan bukan kerajaan termasuk persatuan dan pihak pengurusan masjid.

"Kerajaan Malaysia amat komited dalam soal mengeluarkan sijil halal terhadap produk halal. Perkara seperti ini tidak berlaku di negara lain termasuk di negara-negara Islam Timur Tengah," katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa usahawan di negara ini terutama umat Islam merebut peluang yang terbentang luas untuk meneroka perdagangan di peringkat antarabangsa.

Ir Hamim yang juga Ahli Parlimen Ledang, memberitahu kementeriannya menyediakan segala bantuan yang diperlukan kepada mereka yang bersedia menceburkan diri dalam bidang pengeluaran produk halal.

Namun begitu, katanya, mereka perlulah mematuhi peraturan-peraturan tertentu sebelum barangan mereka layak mendapat sijil halal dan dibenarkan untuk dieksport ke pasaran luar negeri.

-- BERNAMA