Tuesday, February 5, 2013

Tarik bumiputera jadi usahawan

MELAKA 4 Feb. - Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) negeri memberi penekanan kepada usaha mempertingkatkan jati diri dalam kalangan usahawan bumiputera di samping menarik lebih ramai penyertaan dalam bidang keusahawanan.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20130205/ws_03/Tarik-bumiputera-jadi-usahawan
Published: February 05, 2013


Abdul Ghafaar Atan (duduk dua dari kiri) bersama para peserta 
yang menghadiri Seminar Jati Diri Pemantapan Usahawan Industri 
Kecil dan Sederhana di Melaka semalam.

Pengerusinya, Datuk Abdul Ghafaar Atan berkata, peningkatan bilangan usahawan yang menceburi bidang perniagaan itu sekali gus menyahut saranan kerajaan mencapai sasaran 30 peratus meningkatkan ekonomi orang Melayu di negara ini.

Menurutnya, Gabem sebagai badan yang berusaha membantu memperkasakan ekonomi bumiputera bertindak memberi motivasi kepada golongan usahawan bagi memantapkan organisasi.

"Kita tidak meletakkan sebarang sasaran menarik seberapa ramai usahawan, namun pelbagai program dianjurkan Gabem ini bertujuan memberi pendedahan kepada mereka meningkatkan jati diri serta produktiviti dalam perniagaan diusahakan.

"Inisiatif Gabem adalah memberi penekanan kepada anjakan paradigma, penghijrahan minda dan perubahan sikap dalam kalangan usahawan dengan penerapan budaya keusahawan supaya mereka dapat menjana ekonomi untuk lebih maju, berprestasi tinggi dan berdaya saing," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Jati Diri Pemantapan Usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Melaka Halal Hub (MHH), di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Urusan MHH, Datin Noorsabrina Mohd. Noor dan Pengurus Kanan Pembangunan Usahawan, Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM), Azhar Yaacob.

Ghafaar berkata, kursus itu dilihat dapat meningkatkan inspirasi pengurusan dalam melahirkan sikap yang positif dalam kalangan usahawan.

"Program ini secara tidak langsung memberi ruang kepada mereka berkongsi idea dan pengalaman bagi mengembangkan perniagaan di samping membina dan memperkukuhkan kekuatan dalam diri usahawan untuk mengharungi persaingan dalam bidang tersebut," katanya.

Saturday, February 2, 2013

Bagaimana PKS menangani kenaikan nilai ringgit?

PADA awal tahun lepas, kadar tukaran wang dolar Amerika (AS$)- Ringgit Malaysia (RM) berada pada paras RM3.17 sedolar, dan kini berada di paras sekitar RM3.00. Jika anda bercadang mengunjungi Amerika Syarikat atau Eropah, atau membeli barangan asing, kekuatan semasa ringgit sememangnya menguntungkan anda.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130202/ek_03/Bagaimana-PKS-menangani-kenaikan-nilai-ringgit
Published: February 02, 2013

Malah, apabila membandingkan prestasi mata wang di Asia, ringgit merupakan antara mata wang terbaik setakat ini.

Namun begitu, PKS dan perniagaan lain perlu sentiasa bersedia untuk menangani sebarang kesan buruk yang timbul daripada pengukuhan nilai ringgit.

Memandangkan ringgit diperdagangkan di dalam negara, perniagaan asing yang membeli barangan Malaysia perlu membayar pembekal tempatan dalam mata wang asing, lazimnya dalam dolar AS.

Sebagai contoh, jika Syarikat A ialah pengeluar barangan eksport ke New York, ia akan menerima pembayaran dalam dolar AS setiap bulan, katakan AS$1 juta pada Januari.

Ia sepatutnya boleh menukarkan bayaran tersebut dan menerima RM3.17 juta.

Bagaimanapun, apabila ringgit berada paras RM3 atau lebih rendah, syarikat A hanya mampu menerima RM3 juta atau kurang.

Perbezaan kira-kira RM170,000 merupakan satu kerugian besar yang ditanggung oleh perniagaan semata-mata kerana pergerakan tukaran asing.

Memandangkan perkara ini tidak diduga, Syarikat A mungkin tidak mempunyai margin untung secukupnya untuk menampung kerugian.

Selain daripada ketidakstabilan pasaran dan turun naik kadar pembiayaan, pengurusan risiko tukaran asing kini semakin penting berbanding masa lepas.

Dengan itu, syarikat perlu melindungi perniagaan mereka daripada pendedahan kepada risiko tukaran asing sedemikian.

PKS boleh menyusun struktur pengurusan risiko tukaran asing untuk mengurangkan kerugian yang mungkin dialami.

Langkah pertama yang patut diambil ialah mencari bank yang boleh dipercayai dan mempunyai reputasi tinggi dengan pengalaman mendalam dalam pengurusan risiko tukaran asing.

Buat permulaan, PKS dengan keperluan tukaran asing yang lebih ringkas perlu melindungi perniagaan mereka daripada suasana semasa yang tidak menentu dengan melaksanakan kontrak hadapan tukaran asing.

Ini membolehkan pembeli atau penjual mata wang tertentu untuk menetapkan kadar tukaran asing semasa melakukan penyerahan pada masa depan.

PKS boleh meminta nasihat dan pandangan bank tentang prestasi pasaran dalam tempoh tersebut dan sama ada mereka mempunyai alat untuk membantu PKS melindungi nilai pendedahan risiko FX tersebut.

PKS perlu menggunakan alat selain daripada produk dan perkhidmatan pembiayaan lazim untuk menghadapi cabaran daripada pemulihan ekonomi yang tidak begitu kukuh.

Kaedah seperti lindung nilai kadar tukaran asing boleh mengoptimumkan pulangan perniagaan dan mengehadkan kerugian pada tahap yang lebih berpatutan.

Penjenamaan bantu firma PKS

Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) boleh menembusi pasaran dan bersaing dengan beberapa peserta besar dalam industri jika mereka mempunyai penjenamaan yang mantap. 

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PenjenamaanbantufirmaPKS/Article
Published: February 02, 2013

Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Pengeksport Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Datuk Dzulkifli Mahmud, berkata PKS boleh menjadi syarikat multinasional dalam jangka panjang jika mereka mengguna pakai strategi terbaik dalam penjenamaan produk dan perkhidmatan mereka.

“Apa yang membezakan produk dan perkhidmatan di pasaran ialah jenama. Syarikat yang memiliki jenama yang baik mesti mempunyai inti pati dan nilai yang menjadikan ia berbaloi dan berfaedah kepada pengguna,” katanya kepada media selepas seminar mengenai “Meraih Manfaat Sepenuhnya Potensi Jenama Anda”, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dzulkifli berkata, untuk sektor eksport kekal sebagai sumber utama untuk pertumbuhan ekonomi, pengeluar mesti terus mencari dan memajukan sumbersumber baharu kelebihan daya saing.

Manfaat reputasi Syarikat perlu memanfaatkan reputasi Malaysia sebagai pembekal produk dan perkhidmatan yang berkualiti.

“Memandangkan inisiatif penjenamaan memerlukan pelaburan dan komitmen yang besar, strategi dan perancangan yang betul perlulah berhati-hati dimajukan bagi memastikan kecekapan kosnya,” tegasnya. - BERNAMA

Sedcovest Receives RM1.5 Million ln Allocation To Implement Entrepreneurship Courses

TAWAU, Jan 31 (Bernama) -- Sabah state agency, Sedcovest Holdings Sdn Bhd received an allocation of RM1.55 million from the state government last year to implement 80 entrepreneurship courses in the state.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/newsbusiness.php?id=925328
Published: February 02, 2013

Sedcovest chairman Datuk Awang Sham Amit said the courses, based on knowledge and skills to assist the Bumiputera community to succeed in business, was implemented in 18 districts.

These included Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan, Papar, Keningau, Pitas, Beluran, Tenom, Sipitang, Beaufort, Lahad Datu, Kimanis, Ranau, Kudat and Semporna.

"Sedcovest hopes the state government is able to increase the allocation for advanced courses in entrepreneurship as these courses are in high demand from those who had undertaken these courses before," he said.

Awang Sham said this in his speech at the closing ceremony of Restaurant Food and Catering Course here today. The event was officiated by Tanjung Batu State Legislative Member Datuk Hamisah Samat.

According to Awang Sham, since 1997 until now, some 20,000 people had participated in skills courses organised by Sedcovest, and from Jan-Oct 2012, a total of 1,800 people had participated in the entrepreneurship courses.

To that end, Awang Sham hoped the participants appreciated the state government's efforts which not only provided assistance but also gave them skills and knowledge in various fields to ensure their success as an entrepreneur.

He said not many governments in the world provided such special treatment to its people and this showed that the Sabah government is utterly concern with the needs of the rakyat.

A participant, Yamas Nusi, 49, from Felda Umas said the course is very beneficial to him as he acquired knowledge on recipes from other races such as Chinese to expand his menu offerings.

-- BERNAMA